Hadiah daripada rakyat untuk pakcik Mustari yang motor dia terbakar baru baru ini di Tawau, itulah satu satunya kenderaan pakcik, menangis dia dan anaknya di tepi jalan tengok motor terbakar, syukur kita jumpa pakcik dan terus bawa dia pergi beli motor baru 🤍 #fyp #adrianedy
Ziarah uncle Bobou di Kg Sayap Kota Belud, uncle Bobou OKU Pekak, tinggal seorang diri saja, tiada tilam, kipas pun tiada, kita hadiahkan kipas, tilam dan dapur gas serta sedikit belanja buat uncle, uncle berumur 69 tahun, baik dan peramah orangnya sentiasa senyum 🥺 #fyp #adrianedy
Syukur harini ziarah dan bantu kucing dan anjing yang viral baru baru ini, mereka sudah bersahabat selama setahun, selalu tidur sama sama di depan kedai, nama kucing si Buris dan anjing si Janggut, tadi bawa bekalan makanan buat mereka, kita akan terus bantu mereka ya doakan 🤍 #fyp #adrianedy
Syukur misi bantuan banjir di Sarawak selesai, edy dan team ke Niah dan ziarah beberapa kampung yang terjejas, bawa sedikit bekalan makanan buat mereka, sudah lima hari elektrik terputus di sini, ada warga emas, OKU, semoga semua mangsa banjir terus diberi kekuatan ya 😭 #fyp #adrianedy
Berat ujian uncle Casmir dan keluarga apabila rumah mereka terbakar, tidak dapat selamatkan apa apa, kehidupan terpaksa bermula daripada kosong semula, kita bantu serba sedikit uncle Casmir dan keluarga, semoga mereka sekeluarga akan terus kuat 🤍 #fyp #adrianedy
Misi bantuan banjir di daerah Beaufort, sudah dekat lima hari banjir di sini, syukur ziarah penduduk di sekitar kampung yang terjejas, bawa bekalan makanan buat mereka, ada yang beberapa hari sudah rumah tiada elektrik, ada nenek yang tinggal bersama kucing saja 🥺 #fyp #adrianedy
Doakan ya Misi Bantuan Banjir ke Bintulu dan Miri Sarawak pada hari ahad ini, kita akan cuba bantu mana yang mampu mangsa yang terjejas akibat banjir. Edy dan team akan bergerak ahad subuh ni menggunakan kereta dari Kota Kinabalu ke Miri dan Bintulu. #fyp #adrianedy
Hadiah kasut bola baru buat adik Asrin dan adik Jekhles di daerah Beluran, kasut bola mereka sudah rosak, bapa dan ibu Asrin kerja kutip kelapa sawit manakala bapa Jekhles kerja tukang pembersihan sekolah, mereka berdua sangat berbakat, semoga mereka berdua berjaya 🤍 #fyp #adrianedy
Selepas misi banjir di empat kampung di Niah Sarawak, sempat melawat mangsa banjir di PPS Smk Suai Niah, ramai mereka disini dekat dua ratus orang, ada enam puluh lebih keluarga, bawa bekalan makanan buat mereka, baik baik mereka semua 🤍 #fyp #adrianedy
Sebak ziarah uncle Minal di daerah Beluran, uncle Minal berumur 68 tahun dan tinggal seorang diri, sejak kemalangan beberapa tahun lalu uncle tidak dapat berjalan, duduk sahaja, kita bantu pasangkan lampu dan kipas solar, beri tilam dan bantal buat uncle, moga uncle Minal sihat selalu 🥺 #fyp #adrianedy
Terima kasih @Bornew Holidays bantu permudahkan urusan Misi Bantuan Edy & team, semoga Tuhan balas segala kebaikan 🤍 Siapa siapa yang mahu bercuti di Sabah, mahu pergi Pulau dan sewa kereta boleh mesej dorang ya! #fyp #adrianedy
Terima kasih @CEKTON-775 @Semboyan Malaysia & Boss Ali , selamat berpuasa dan semoga sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat untuk rakyat 🤍 #fyp #adrianedy
Berat ujian penduduk di negeri Sarawak yang dilanda banjir baru baru ini, ramai yang terkesan, syukur kita sempat ke Niah Sarawak dan pergi beberapa kampung untuk beri sedikit bantuan, baik baik semua orang Sarawak, sayang orang Sarawak semua 🤍 #fyp #adrianedy
Bank Alar Tulis percuma, sekolah baru sahaja buka kan, tapi bukan semua keluarga berkemampuan untuk sediakan keperluan sekolah anak anak, untuk pelajar yang memerlukan boleh ambil alat tulis dari Bank Alat Tulis ni ya, moga dapat membantu serba sedikit 🤍 #fyp #adrianedy
Berat ujian penduduk di daerah Beaufort dilanda banjir baru baru ini, syukur kita ke kampung Labi Gadong dan bantu hantar bekalan makanan buat penduduk di sini, air sungai sudah sampai ke jalan raya, semoga mangsa banjir semua terus kuat 🥺 #fyp #adrianedy
Terima kasih uncle @aaron aziz sudi bertemu dan berbuka puasa bersama, semoga uncle dan keluarga sentiasa diberkati dan sihat selalu, semoga ada rezeki untuk kita bersama sama membantu mereka yang memerlukan nanti 😊 #fyp #adrianedy
Syukur masih dapat menjalani aktiviti bersama rakan rakan, main bola bersama rakan rakan, hargailah masa yang ada, sebab suatu hari nanti mungkin kita tidak akan dapat lagi menikmati moment moment indah seperti ini 🤍 #fyp #adrianedy
Syukur sempat ziarah mangsa banjir di PPS Kg Kusilad Pitas, bawa sedikit bekalan makanan dan air mineral buat mereka, semoga semua mangsa mangsa banjir terus diberi kekuatan untuk menghadapi saat saat sukar ini ya 🥺 #fyp #adrianedy